Ujian korelasi pearson digunakan untuk menganalisis data dalam kajian hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Di dapati nilai pekali r di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah 0.0 hingga 0.2. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara dua pembolehubah tersebut, Kajian ini juga telah mendapati bahawa gaya pembelajaran dominan yang menjadi amalan para pelajar adalah Reflektor dan gaya pembelajaran sampingan adalah Teoris. Ini diikuti oleh gaya pembelajaran Pragmatis dan akhirnya gaya pembelajaran Aktivis. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran Reflektor, Teoris dan Pragmatis dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya. Tidak terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran Teoris dengan faktor keluarga, pengajaran guru dan rakan sebaya. Diakhir kajian beberapa cadangan disertakan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada semua pihak, agar dapat dimanfaatkan demi untuk kecemerlangan proses pengajaran dan pembelajaran.
oleh: Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya dkk
Download